Friday, 14 February 2014

Cara untuk kerja di Australia

     Alhamdulillah sekarang saya telah berkerja di Australia selama 3 bulan. Insyaallah saya akan menceritakan pengalaman saya dan akan berkongsi info tentang bagaimana hendak berkerja dan mendapatkan pekerjaan di Australia.
      Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya cara penyampaian saya ini susah untuk difahami.
      Mendapatkan pekerjaan di Australia bukan mudah seperti di Singapore. Di Singapore kita mudah mencari pekerjaan kerana di situ kerajaan mereka membenarkan pengambilan rakyat malaysia sebagai pekerja bawahan. Berlainan pula dengan Australia l, di sini kerajaan Australia tidak membenarkan pengambilan pekerja bawahan  bagi rakyat malaysia. Hanya pekerja profesional sahaja yang dibenarkan berkerja di Australia. Contohnya Doktor, enggineer, lawyer dan Akauntan.
Oleh itu Visa Kerja hanya diluluskan untuk golongan ini sahaja. Tetapi bagi negara seperti taiwan dan Hong Kong, rakyat mereka dibenarkan untuk mendapatkan pekerjaan dari kelas bawahan seperti waiter, pemandu bas, pekerja ladang dan sebagainya.
       Pasti ramai yang tertanya,-tanya bagaimana pula dengan permit kerja? Di Australia tidak terdapat istilah permit kerja seperti di Malaysia dan Singapore. Mereka hanya menggunakan istilah Visa kerja.
      Terdapat beberapa jenis Visa yang saya pelajari di sini. Di antaranya ialah Visa Kerja (Working Visa), Visa Pelancong (Visitor Visa), Visa Pelajar (Student Visa), Visa Berkerja Sambil Melancong (Working Holidays Visa), Visa Melawat (Visiting Visa) dan yang terakhir saya ketahui ialah Visa Perlindungan (Protection Visa).
         Visa kerja ialah visa yang ddiberikan kepada mereka yang mendapat kebenaran untuk berkerja di Australia. Tetapi untuk rakyat malaysia, hanya pekerja profesional sahaja yang diluluskan untuk berkerja di Australia. Rakyat Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk berkerja di ladang atau mana-mana pekerjaan yang bertaraf bawahan.
      Visa Pelancong ialah Visa yang diberikan kepada mereka yang diberikan kebenaran untuk melancong di Australia. Saya juga sama seperti kira-kira jutaan rakyat Malaysia serta jutaan rakyat dari negara seluruh dunia yang lain terpaksa menggunakan Visa melancong untuk datang berkerja di sini. Penguatkuasa di sini tidak seperti di Malaysia. Disini tidak perlu takut kepada polis kerana mereka tidak akan persoalkan status Visa kita. Jadi anda tidak perlu berasa takut sekiranya Visa telah tamat tempoh atau berkerja kerana polis tidak akan mengambil tahu itu semua. Anda cuma akan ditangkap pihak imigresen sekiranya ada orang yang membuat aduan. Kes seperti ini terjadi apabila ada pihak yang tidak puas hati dengan anda. Jadi elakkan dari menyakitkan hati orang atau bergaduh. Ingat tujuan anda datang untuk berkerja. Alhamdulillah kerajaan Australia sangat senang dengan orang islam kerana orang islam tidak banyak menimbulkan kekecohan kerana orang islam tidak mabuk, main judi, dan main perempuan atau lelaki. Malahan surau juga di sediakan disesetengah tempat bagi orang islam untuk bersembahyang.Cuma segelintir rakyat Australia sahaja yang tidak menyenangi orang islam dan Asia yang lain.
      Visa Pelajar ialah Visa yang diberikan kepada mereka yang mendapat kebenaran untuk belajar di negara ini. Ada yang menggunakan Visa ini untuk berkerja di sini. Tetapi bilangan mereka amatlah kurang. Ini kerana kos permulaan untuk mendapatkan Visa ini amatlah tinggi. Majorijti yang datang sini untuk berkerja tidak menggunakan visa ini.
        Visa Berkerja sambil melancong ialah Visa yang diberikan bagi mereka yang mempunyai ijazah. Tetapi hendaklah berumur 30 kebawah.
Tetapi kuota untuk visa ini hanyalah untuk 100 orang sahaja setiap tahun bagi rakyat Malaysia. Jadi rami kenalan saya yang mempunyai ijazah terpaksa menggunakan Visa Melancong kerana kuota yang terhad.
       Visa Melawat pula ialah visa yang diberikan kepada mereka yang ingin melawat saudara mara yang berada di Australia. Sekiranya anda mempunyai saudara mara di Australia eloklah anda memohin Visa ini kerana lebih senang untuk masuk ke Australia dengan cara ini tanpa disyakki untuk berkerja. Ini kerana Kerajaan Australia telah sedia maklum bahawa ramai rakyat Malaysia yang menggunakan Visa Pelancong untuk datang berkerja di Australia. Maka ramai juga yang yelah dihantar balik tanpa sempat masuk ke Negara Australia ini. Akan tetapi jangan risau. Saya akan ceritakan bagaimana untuk lepas masuk ke Australia tanpa ditahan dalam post saya yang seterusnya.
       Visa Perlindungan ialah visa yang diberikan kepada mereka yang mendapat kebenaran untuk tinggal dan berkerja di Australiakerana tidak dapat pulang ke negara asal kerana ancaman yang diterima sekiranya kembali ke negara asal. Contoh mereka yang mendapat visa ini ialah pelarian perang seperti pakistan, rohingya Myanmar, Bosnia, dan sebagainya. Ada juga orang islam yang mendapatkan Visa ini dengan alasan bertukar agama ke kristian. Sejauh mana kebenaran ini tidak dapat saya pastikan. Saya cuma dengar cerita sahaja. Tapi tolonglah jadi Murtad disebabkan duit. Dunia ini vuma ujian sementara je. Bukan milik kita semua ni.